suria

Kontroversi 'Beauty and the Beast' Berakhir, Mula Ditayang 30 Mac Ini

PETALING JAYA: Filem Disney 'Beauty and the Beast' akhirnya akan ditayangkan tanpa sebarang potongan pada 30 Mac ini.

Menurut sumber dalaman, filem itu telah diluluskan untuk tayangan di Malaysia dan diletakkan di bawah Klafisikasi PG13 (Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan melainkan ditemani oleh seorang dewasa) tanpa sebarang pemotongan.

GSC turut memuatnaik status di laman Twitternya bahawa filem itu akan ditayangkan bermula 30 Mac tanpa sebarang potongan.

Filem 'Beauty and the Beast' mencetus kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon berkata, karektor LeFou yang dimainkan Josh Gad merupakan "nice exclusively gay moment” dalam filem itu.

Adaptasi klasik Disney itu sepatutnya ditayangkan di Malaysia pada 16 Mac tetapi ditangguhkan selepas pihak berkuasa mahu mengeluarkan adegan gay dalam filem itu.

Disney Co (Malaysia) bakal mengeluarkan kenyataan rasmi lewat Selasa malam.

Beauty and the beast

Artikel Lain