"Saya Memang Nak Kahwin" - Dayang Nurfaizah - Hiburan | mStar

"Saya Memang Nak Kahwin" - Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah akui tidak pernah bercinta.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayang Nurfaizah berkata dia tidak pernah berahsia atau cuba menyembunyikan sesuatu hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

Dayang berkata, sebagai seorang wanita dia juga mempunyai keinginan untuk berkahwin pada usia yang kini sudah menjangkau 35 tahun.

"Pada usia ini saya memang nak kahwin tapi tidak jumpa lagi pasangan untuk saya jadikan suami.

Dayang Nurfaizah.

"Ia perkara betul dan tiada apa yang ingin dirahsiakan jika saya ada perancangan ke arah itu. Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka masih bujang pada usia ini," ujarnya kepada mStar Online.

Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini mengulas apabila ditanya perancangannya tentang jodoh dan teman istimewa yang mungkin dirahsiakan kepada umum.

Menjelaskan tentang 'lelaki teragung' dalam hidupnya, Dayang mengakui dia tidak pernah melalui fasa bercinta dalam kehidupannya.

"Saya tidak pernah putus cinta kerana tidak pernah melalui bagaimana perasaan bercinta.

"Ia mungkin juga kerana saya bekerja pada usia yang muda dan tidak memikirkan tentang soal cinta ketika waktu itu.

"Selain itu saya akui tidak pernah mencari atau keluar dengan mana-mana lelaki," ujarnya.

Tambah penyanyi Di Pintu Syurga ini, dia turut meminta agar peminat dan orang ramai mendoakan yang terbaik tentang masa depannya itu.

"Saya minta doa-doakanlah yang terbaik untuk saya tentang jodoh ini," ujarnya.

Dayang Nurfaizah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus