suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shidi (Data) Tersingkir Minggu Kelima 'Gegar Vaganza 3'

Shidi menyampaikan lagu berjudul Ratuku nyanyian asal Awie pada konsert minggu kelima.

SHAH ALAM: Vokalis kumpulan Data iaitu Shidi tersingkir pada konsert minggu kelima program Gegar Vaganza 3 yang diadakan di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Ahad.

Pada persembahan itu Shidi menyampaikan lagu berjudul Ratuku nyanyian asal Awie mendapat markah tercorot daripada juri profesional yang mengadili para peserta.

Seperti dua musim terdahulu, Gegar Vaganza menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap.

Manakala penyanyi yang popular menerusi lagu Hijau, Datuk Zainal Abidin tampil sebagai juri jemputan pada konsert minggu ini.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Sementara itu, Azharina dipilih sebagai pemenang Persembahan Pentas Paling Menyengat.

Ia adalah kemenangan keduanya menerusi lagu Berhenti Berharap nyanyian Sheila On 7.

Gegar Vaganza 3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.Ia turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gegar Vaganza 3, Shidi (Data)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain