suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri



KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkabulkan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.15 petang Jumaat.

Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera, di sini dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,111 kepada Amyra manakala wang hantaran pula RM50,000.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Pasangan mempelai menggayakan busana berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini.

Resepsi persandingan pasangan pengantin akan berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama.

Manakala majlis di pihak pengantin lelaki akan diadakan di Bright Star Banquet Hall, Ampang dekat sini pada 19 November ini.

Amar dan Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati, 25, mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 22 Julai lalu.

Amar Baharin, Amyra Rosli

Artikel Lain