suria

'Ku Rela Dibenci' & 'Anugerah Terindah' Antara 12 Lagu Layak Ke AJL31

Antara barisan artis yang layak ke AJL31 selepas berentap di separuh akhir, malam Jumaat. foto Instagram TV3.

SHAH ALAM: 12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) selepas berentap di pentas Semi Final Muzik Muzik 31 (SFMM31) yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam Jumaat.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL31 yang akan diadakan pada 22 Januari 2017 terdiri daripada Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah), Terakhir (Sufian Suhaimi), Sudah Ku Tahu (Projector Band), Selamanya Cinta (Shila Amzah & Alif Satar), Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) dan Ku Rela Dibenci (Aiman Tino).

Turut dipilih ialah Di Amaran Mama (Hazama), Obses (Akim & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan feat Faizal Tahir), Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof feat Mawi), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).

Turut beraksi dalam SFMM31 ialah lagu Seindah Mimpi (Jaclyn Victor),  Hingga Ke Jannah (KRU), Polaroid (Sakura Band), Romeo (Stacy), Pencuri Hati (Ayda Jebat), Berat (Mark Adam) dan Demi Cinta (Ezad Lazim).

Selain itu Takkan Pergi (Hyper Act), Ragu-Ragu (Tasha Mansahar feat Syed Shamim), Katakan (Harris Baba), Hancur Aku (Estranged feat Fazura), Mencinta (Azheal), Seperti Novel Cinta (Shiha Zikir), Mungkin Saja (Janna Nick), Kekal Bahagia ( Ippo Hafiz), Cinta Sukar Ditafsirkan (Mal Imran) dan Ada Saja (Amyra Rosli feat Juzzthin & Waris).

SFMM31 minggu kedua turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Amelina, Haiza dan Sarah Fazny menerusi lagu dangdut Dag Dig Dug.

Program ini telah bersiaran selama dua minggu berturut-turut yang bermula 4 November lalu dengan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2015.

Kesemua lagu dinilai oleh barisan juri professional iaitu AG Coco, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Johan Nawawi, Azlan Typewriter dan Datuk Ramli MS bertindak selaku ketua juri.

Bagaimanapun lagu Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel tidak bertanding selepas diumumkan menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

AJL31, SFMM31

Artikel Lain