suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Shukri Yahaya Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Pelakon Shukri Yahaya kini bergelar bapa. Foto Ihsan Instagram @shukriyahaya

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 12.22 tengah hari, Rabu.

Berita berkenaan disahkan sendiri oleh Shukri menerusi laman Instagram miliknya.

"Syukur Alhamdulillah, hari ini Rabu bertarikh 24 Ogos 2016 tepat pukul 12.22 tengah hari, isteri saya Tya Adnan selamat melahirkan cahaya mata sulung kami (perempuan).

"Terima kasih kepada yang mendoakan. Allahuakhbar," tulisnya.

Bagaimanapun Shukri tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kelahiran bayi pertamanya itu.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 28, berkahwin dengan Tya pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Shukri Yahaya, Tya Adnan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain