Awie Mengaku Salah Cederakan Rozana, Denda RM2,000 - Hiburan | mStar

Awie Mengaku Salah Cederakan Rozana, Denda RM2,000

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Rozana Misbun di kaunter PNB dua tahun lalu.

DIKEMAS KINI

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas bekas isterinya, Rozana Misbun dalam kejadian di kaunter PNB Jalan Tun Razak dua tahun lepas.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, menukar pengakuannya kepada bersalah dihadapan Majistret Husna Dzulkifly selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Husna menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan pada prosiding di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Mengikut pertuduhan Awie didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana, 38, di kaunter Permodalan Nasional Berhad, Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang 2 Jun 2014.

Awie didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar manakala Awie diwakili oleh Hazman Harun.

Dalam pada itu, Hazman dalam pembelaannya memberitahu mahkamah, anak guamnya insaf dengan perbuatannya itu dan tindakan tersebut bukan sengaja untuk menyakiti pengadu.

Katanya, tindakan Awie itu kerana kecewa dengan bekas isterinya itu apabila wang yang diamanahkan untuk kegunaan masa depan anak-anak lesap daripada akaun simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

"Dia ingin meneruskan kehidupannya daripada kejadian ini dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya malah sepanjang kes berjalan dia memberikan kerjasama baik.

"Malah dia tidak pernah mendekati pengadu selepas kes itu berlaku," katanya kepada mahkamah.

Manakala Rozana pula menerusi kenyataan secara bertulis yang dibaca oleh jurubahasa mahkamah memberitahu berasa trauma sehingga tidak boleh memandang bekas suaminya itu.

Rozana juga berharap Awie diberikan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepadanya.

Pada 15 Februari lepas, Awie yang juga bapa kepada lima anak itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Rozana, 38.

Terdahulu pada 7 Mac lalu, Mahkamah Majistret Ampang melepas dan membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang selepas mereka bersetuju kes itu diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan permohonan maaf secara terbuka daripada pihak Awie.

Awie , Rozana Misbun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain