Bakal Suami Sanggup Tunggu Anzalna Nasir

Anzalna Nasir dan teman lelakinya, Mohamad Hanif Zaki bakal disatukan sebagai suami isteri pada 21 Febuari depan. Foto LOW LAY PHON.

PETALING JAYA: Bakal suami kepada Anzalna Nasir iaitu Mohamad Hanif Zaki sanggup menunggu pelakon itu menyelesaikan komitmennya menerusi drama rantaian Memori Cinta Suraya yang memakan masa hampir setahun sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Mohamad Hanif, 27, berkata, mereka pada awalnya merancang untuk berkahwin pada awal tahun ini namun hasrat itu terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada Anzalna fokus kepada penggambaran drama tersebut.

"Jujurnya kami merancang untuk berkahwin pada awal tahun ini tetapi ia terpaksa ditangguhkan kerana Anzalna terikat dengan penggambaran drama tersebut.

"Bila kami mengambil keputusan untuk tangguhkan perkahwinan saya sanggup tunggu dia kerana sedar itu adalah tanggungjawabnya dan mungkin belum masanya kami berumah tangga.

"Alhamdulillah akhirnya tarikh pun telah ditetapkan selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan berharap majlis itu nanti akan berjalan lancar," katanya.

Mohamad Hanif berkata demikian selepas ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama di sini pada Ahad.

Anzalna sudah bersedia bergelar isteri. 

Pasangan itu bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 21 Febuari depan di Masjid Negara Kuala Lumpur sebelum mengadakan dua majlis resepsi masing-masing pada 27 Februari (Hotel Grand Hyatt) dan 3 April (Dewan Perdana Felda) tahun hadapan.

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Anzalna dan Mohamad Hanif ketika muncul dalam program hiburan terbitan TV3, Melodi.

TV3 turut bertindak sebagai penyiar rasmi persiapan dan majlis perkahwinan pasangan itu.

Mengimbau kisah disebalik percintaan mereka, Mohamad Hanif mendedahkan Anzalna telah membawanya berjumpa kedua ibu bapanya hanya selepas dua hari mereka bercinta.

Kata Mohamad Hanif, dia pada mulanya terkejut dengan tindakan teman wanitanya itu namun lega kerana menyedari Anzalna benar-benar serius terhadap hubungan mereka.

"Saya mula-mula dahulu malu juga kerana dia seorang selebriti tetapi selepas mengenalinya dia bukan seperti yang disangkakan oleh sesetengah orang.

Pasangan ini tidak berhasrat untuk mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.

"Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu daripada keluarga dan dia adalah yang terbaik untuk saya," katanya.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia secara dasarnya sudah bersedia untuk berumah tangga sejak tiga tahun lalu namun komitmen terhadap kerjaya membataskan hasrat tersebut.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur dipertemukan dengan Mohamad Hanif yang disifatkan seorang lelaki bertanggunjawab dan setia dalam perhubungan.

"Saya kenal dia 10 tahun lalu dan kami bercinta sejak lima tahun lalu. Sepanjang tempoh itu dia sentiasa bersama saya ketika susah dan senang.

"Sehingga saat ini saya belum jumpa mana-mana lelaki sepertinya dan Hanif adalah satu dalam sejuta," katanya.

Bercakap lanjut mengenai perkahwinannya itu nanti, Anzalna berkata, mereka sepakat untuk tidak mengikat tali pertunangan seperti kebiasaan dan akan terus bernikah pada tarikh tersebut.

Anzalna juga memberitahu, beberapa penaja juga turut menyatakan hasrat untuk memberi tajaan perkahwinannya itu nanti namun masih belum ada sebarang keputusan dibuat ketika ini.

"Kami tidak mahu bertunang kerana rasanya tidak perlu berbuat demikian dan ingin terus bernikah pada 21 Febuari itu nanti.

"Alhamdulillah persiapan juga baharu saya dijalankan dan pada majlis resepsi pertama di Hotel Grand Hyatt saya memilih konsep Diraja Britian manakala persandingan dihadapan peminat kami akan mengenakan busana tradisional Melayu," katanya.

Anzalna, Mohamad Hanif Zaki

Artikel Berikut

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain