suria

Lima Selebriti Popular Bakal Meriahkan Karnival Juvana 2

Barisan pelakon Juvana 2

PETALING JAYA: Bersempena dengan tayangan filem Juvana 2:Terperangkap Dalam Kebebasan yang bakal ditayangkan pada 29 Oktober ini, lima barisan pelakon yang membintangi filem berkenaan akan memeriahkan acara Karnival Juvana 2 pada Ahad (hari ini).

Karnival yang anjuran Filmscape Sdn. Bhd. dan Juita Viden Media Entertainment Group itu diadakan di pusat beli belah Citta Mall dekat sini bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Antara selebriti yang hadir ialah Johan As’ari yang melakonkan watak Botak dalam filem itu, Zahiril Adzim (Daim), Adam Shahz (Ayam), Pekin Ibrahim (Tok Ki), Hasnul Rahmat (Raja) dan ramai lagi.

"Kehadiran barisan pelakon Juvana 2 merupakan satu peluang keemasan buat orang ramai terutamanya kepada peminat filem Juvana untuk berjumpa dan beramah mesra dengan barisan pelakon semasa berlangsungnya karnival itu nanti.

“Orang ramai juga berpeluang untuk mencuba pelbagai permainan yang disediakan bersama bintang-bintang kegemaran mereka selain memenangi  barangan eksklusif kata satu kenyataan media kepada mStar Online.

Selain itu, bagi peminat yang ingin menonton filem berkenaan juga boleh mendapatkan tiket dengan lebih awal menerusi penjualan pra-Jualan Juvana 2 di kaunter yang dibuka semasa karnival berlangsung.

Bagi menghangatkan lagi suasana karnival tersebut, seramai 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi turut memeriahkan acara menerusi jelajah selama tiga hari di sekitar kawasan Lembah Klang.

“Dalam siri jelajah tersebut, kesemua penunggang motosikal berkenaan akan membuat promosi sempena dengan karnival yang akan diadakan itu,” tambah kenyataan media itu lagi.

Sebarang maklumat lanjut mengenai acara Karnival Juvana 2 boleh menghubungi pihak Juita Viden di talian 012-233 6516 (Juliana) atau 012-270 2458 (Shasha).

Karnival Juvana 2

Artikel Lain