suria

FFM 27: Ribbit Dipilih Filem Animasi Cereka Terbaik

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Johari Jailani (kiri) dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman menyampaikan trofi kepada wakil KRU International Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR: Filem Ribbit terbitan KRU International Sdn Bhd dipilih sebagai filem Animasi Cereka Terbaik pada malam perasmian Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) di sini pada Rabu.

Filem Rimba Racer terbitan Glue Studios Sdn Bhd pula memenangi filem  Animasi Bersiri terbaik.

Kemenangan itu membolehkan pemenangnya menerima trofi bersalut emas sumbangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

Sebanyak 10 anugerah disampaikan pada malam perasmian sementara 24 anugerah utama pula akan disempurnakan pada malam kemuncak FFM 27 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Hadiah pemenang utama pada malam perasmian disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Johari Jailani dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman.

Pelakon Along Cham dan Zulin Aziz bertindak sebagai pengacara.

Berikut ini senarai 10 pemenang pada malam perasmian FFM 27 yang diadakan di Symphony Lake Suite, KLCC

1. Filem Animasi Cereka Terbaik: Ribbit - KRU International Sdn Bhd.

2. Filem Animasi Bersiri Terbaik: Rimba Racer - Glue Studio Sdn Bhd

3. Kesan Khas Terbaik: Seventh - Mirage Works.

4. Anugerah Pereka Kostum/Busana Terbaik: Elaine Ng & Wing Shum  - Hungry Ghost Ritual. 

5.  Lagu Tema Asal Terbaik: Yuna/Lautan - Lagenda Budak Setan 3.

6. Penataan Bunyi Terbaik: Winson Poon - Hungary Ghost.

7. Penataan Seni Terbaik: Tunku Mohd Taufek/Tunku Tommy Mansur - Lelaki Harapan Dunia.

8. Filem Pendek Terbaik: Cho We Jun -  Salvaj

9. Skor Muzik Asal Terbaik: Oii Su Lyn & Teoh Eng Hooi - Manisnya Cinta Di Cappadocia

10. Penggiat Belakang Tabir: Mariam Ibrahim.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain