Raya Pertama Di KL Paling Seronok - Qi Razali - Hiburan | mStar

Raya Pertama Di KL Paling Seronok - Qi Razali

Qi akan berhari raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang.
PETALING JAYA: Pelakon Qi Razali menyifatkan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur (KL) adalah sesuatu yang paling menyeronokkan kerana ketika itu tiada kesesakan lalu lintas terutamanya pada sambutan Hari Raya pertama.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 38, berkata, suasana seperti itu membuatkan dia lebih teruja kerana biasanya bandar Kuala Lumpur tidak pernah sunyi daripada masalah lalu lintas.

"Sebagai orang yang dah lama menetap di KL, sambutan Aidilfitri pada hari pertama dekat sini adalah yang ditunggu-tunggu.

"Bayangkan jalan raya yang selalunya sesak dengan kereta tiba-tiba kosong. Siap boleh 'golek-golek' lagi kalau nak, haha," katanya kepada mStar Online.

Tambah Qi, dia akan pulang ke kampungnya di Gelugor, Pulau Pinang pada Hari Raya kedua sebelum ke Kota Bharu, Kelantan, kampung kekasihnya, Nelydia Senrose pada Hari Raya ketiga.

Katanya, beraya bersama keluarga aktres itu juga menyoronokkan kerana kekasihnya itu mempunyai keluarga yang besar.

"Beraya di kampung Nely, suasananya pula sangat berbeza kerana keluarganya sangat besar.

"Alhamdulillah, keluarga dia pun senang dengan kehadiran saya. Tetapi saya tidak ke sana untuk merisik seperti yang difikirkan segelintir pihak," selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Qi bakal muncul dengan filem terbaharu iaitu Suamiku Jatuh Dari Langit yang akan ditayangkan pada 17 Julai ini.

Filem terbitan Metrowealth Sdn Bhd turut menampilkan Syuk (Balas), Nora Danish, Kazar dan Atikah Suhaime.
Qi Razali.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain