suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fahrin Sah Bergelar Suami Kepada Pramugari

KUALA LUMPUR: Pelakon Fahrin Ahmad selamat bergelar suami kepada seorang pramugari, Elena Hani Eleas, 37, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi, Sabtu.

Majlis pernikahan itu berlangsung di Pusat Konvesyen Sime Darby di sini.

Fahrin, 36, dan Elena dinikahkan oleh Pegawai Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Hazman Hashim dan pengantin perempuan diwalikan oleh ayahnya, Eleas Hashim.


Fahrin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 dan sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Bagaimanapun pasangan pengantin itu tidak menghadiahkan sebarang dulang hantaran.

Pada majlis itu, seramai 300 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

"Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan seorang wanita yang sangat memahami diri ini. Moga tanggungjawab sebagai ketua keluarga dapat saya laksanakan dengan baik.

"Doakan perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat. Amin," katanya kepada mStar Online.

Elena yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang itu kini bertugas sebagai Ketua Pramugari syarikat penerbangan antarabangsa Emirates Airlines.

Mereka pernah menuntut dalam kursus sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Fahrin, Sime Darby, Nikah

Artikel Lain