Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27 berkata, dia sedikit terkilan dengan situasi tersebut memandangkan cukup teruja untuk berbincang mengenai projek pengacaraan itu namun terpaksa mendengar penerangan perniagaan produk berkenaan pula.
"Mula-mula individu itu menghantar mesej menerusi WhatsApp bercakap mengenai tawaran mengacara. Dan dia ingin berjumpa dengan saya secepat mungkin.
"Bayangkan saya balik dari penggambaran dengan badan berpeluh-peluh terus berjumpa dengan individu tersebut.
"Apabila melihat dia mengeluarkan fail daripada begnya, saya dah agak ada benda yang tidak kena. Tiba-tiba dia bersama-sama dengan rakannya bercakap cara perniagaan MLM pula. Bengang saya dibuatnya," katanya kepada mStar Online.


