suria

Isteri Tidak Cemburu Zainal Abidin Ambil Protege Jadi Anak Angkat

Zaianl Abidin (kanan) dan protogenya dari rancangan Mentor iaitu Nadeera.
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Zainal Abidin berkata, isterinya tidak berasa cemburu selepas dia membuat keputusan menjadikan protegenya dari rancangan Mentor iaitu Nadeera sebagai anak angkat dan tinggal bersama.

Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, 56, memberitahu, perbezaan umur antara dia dan Nadeera selama 34 tahun menyamakan mereka seperti seorang datuk dan cucu.

"Isteri saya takkan cemburu kerana umur kami berdua jauh berbeza dan Nadeera terlalu muda seperti cucu saya.

"Kalaulah terjadi apa-apa antara saya dan Nadera (kahwin) di masa hadapan bermakna saya buat tindakan yang tidak masuk akal dan sememangnya tidak akan terjadi,” katanya kepada mStar Online.

Zainal ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu protegenya, Nadeera iaitu Hasrat Hati di Floral Terrace di sini pada Khamis.

Selain itu, Zainal juga memberitahu isterinya antara individu yang bertanggungjawab dalam memberi didikan dan bimbingan buat Nadeera selama ini.


mStar Default Image
Zainal menganggap Nadeera seperti anaknya sendiri.

Terdahulu, Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, 22, menjadi anak angkat dan tinggal bersama Zainal sekeluarga selepas tamat program realiti Mentor Legend pada tahun lalu.

Dalam pada itu Nadeera  berkata, jarak rumah keluarganya yang jauh menjadi faktor utama dia tinggal bersama Zainal sekeluarga dan dalam masa yang sama mahu mendapat bimbingan penyanyi itu.

"Keluarga saya tinggal jauh di Mersing, Johor tetapi jika saya membesar di Kuala Lumpur, kenapa saya perlu tumpang di rumah abang Zainal?

“Sekiranya saya terus tinggal di kampung, saya tidak boleh nak naikkan nama saya dan tidak dinafikan memang sukar kerana saya pernah berulang alik suatu ketika dulu sewaktu menjadi peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa,” katanya.

Sementara itu mengenai single Hasrat Hati, lirik lagu tersebut ditulis oleh Sulu Sarawak bersama komposer Amirah Ali.

Lagu tersebut sedikit sebanyak menyingkap kisah perjuangan Nadeera dalam menempuh industri hiburan selepas melalui banyak rintangan dan dugaan sebelum ini.

Zainal Abidin, Nadeera

Artikel Lain