Akim Tidak Tekejut Komen Negatif Stacy - Hiburan | mStar

Akim Tidak Tekejut Komen Negatif Stacy

Hubungan Stacy (kiri) dan Akim sudah tiada rahsia lagi.

PETALING JAYA: Penyanyi Akim Ahmad tidak terkekjut apabila kekasihnya Stacy membuat kenyataan tidak meletakkan harapan tinggi terhadap hubungan mereka itu.

Akim, 24, turut menyifatkan kenyataan tersebut adalah sesuatu yang normal bagi seseorang wanita apabila memberi komen mengenai isu percintaan.

"Hubungan kami masih lagi baik dan saya tahu mengenai kenyataan yang dibuatnya (Stacy). Biasalah perempuan, takkan nak cakap lebih-lebih tentang hal cinta yang belum pasti. Tak manis pula jadinya.

"Sebagai manusia biasa, saya telah pun mendedahkan hubungan cinta antara kami sebelum ini. Dan jika dia beri kenyataan sebegitu, tidak salah. Memang kami belum sedia untuk berkahwin buat masa ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Menerusi laporan mStar Online pada Rabu, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, tampil dengan mendedahkan sukar untuk dia menjangkakan hala tuju hubungannya dengan Akim pada masa hadapan.


Akim dan Stacy akan muncul dengan projek khas.
Akim sebelum ini telah membuat kenyataan rasmi mengenai percintaannya dengan Stacy dan sekali gus menamatkan spekulasi hubungan mereka.

Namun timbul pula desas-desus lain mengatakan faktor perbezaan agama antara penghalang hubungan berkenaan.

Sementara itu, Akim berkata, perbezaan agama tidak pernah menghalang mereka untuk menjalinkan cinta dan kedua-dua belah keluarga terbuka dengan perhubungan tersebut.

"Walaupun kami berbeza agama, keluarga kedua-dua pihak sangat terbuka dengan perhubungan ini.

"Tetapi apabila isu agama timbul, ia agak sensitif untuk dibincangkan. Mungkin perkara itu (kahwin) perlu mengambil sedikit masa.

"Saya pun tak boleh nak cakap perkara ini lebih-lebih. Biarlah takdir jodoh menentukan," ujarnya.

Walaupun belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, namun mereka bakal terlibat dalam satu projek nyanyian bersama yang akan diberitahu kelak.
Akim , Stacy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain