suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amar Baharin Cedera Terkena Tumbukan Pelakon Baharu

Amar cedera di bahagian kening gara-gara ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga.

PETALING JAYA: Pelakon Amar Baharin mengalami cedera di bahagian kening  akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad.

Amar, 30, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama 10 pelakon tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran berlangsung, dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka, seorang pelakon baharu bernama Redza.

"Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit.

"Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," katanya kepada mStar online yang dihubungi pada petang Ahad.

Amar Baharin

Bagaimanapun kata Amar, dia meminta doktor tidak menjahit luka tersebut sehinggalah dia selesai menjalani penggambaran drama arahan Rashid Sibir itu.

Sementara itu, Amar memberitahu dia bakal terlibat dengan penggambaran drama yang diadaptasi daripada novel berjudul Cik Bunga Encik Sombong pada Isnin, namun dia terpaksa berbincang dengan pihak produksi untuk menunda penggambaran tersebut sehingga lukanya sembuh.

"Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih.

"Apapun terpulang pada pihak produksi adakah mereka mahu menunda penggambaran tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Amar menyifatkan kejadian tersebut memberi pengajaran kepadanya dan pada masa akan datang, dia akan memastikan  mempunyai teknik dan latihan yang cukup sebelum melibatkan diri dalam babak-babak aksi.

Amar Baharin

Artikel Berikut

Artikel Lain