suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejutan Emma Maembong Untuk Kurangkan Rasa Kecewa - Kamal

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli menganggap kejutan yang dibuat oleh pelakon Emma Maembong pada majlis hari jadinya Rabu lalu adalah sebagai salah satu cara wanita itu untuk menggembirakan hatinya sendiri.

Kamal, 29, berkata, dia memahami bahawa Emma dalam fasa untuk mengubat perasaan kecewa dan sedih akibat perpisah dengan pelawak Zizan Razak.

"Saya tahu dia sedang kecewa dan berbuat begitu kerana ingin menggembirakan hatinya sendiri dan melupakan kesedihan yang dihadapi.

"Saya lihat dia dalam fasa untuk mencari kekuatan dan 'move on'. Dia mahu melakukan sesuatu yang gembira tanpa memikirkan sebarang masalah dan tekanan," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi baru Alfio Raldo di Penang Village, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur, di sini Jumaat.

Kamal berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejutan yang dilakukan oleh Emma Maembong sebagai menyambut hari jadinya ke 29, pada Rabu lalu.




Dalam pada itu, Kamal turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan Emma masih lagi di peringkat kawan biasa dan tidak lebih daripada itu.

Katanya, dia tidak pernah cuba untuk rapat atau mengambil kesempatan terhadap wanita itu dalam situasi yang sedang dilaluinya sekarang.

"Hubungan saya dengan Emma hanya sekadar kawan biasa dan kami tidak bercinta seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini.

"Saya tidak mahu mengambil kesempatan di atas situasi yang mereka hadapi," ujarnya.

Bagaimanapun, Kamal berkata, dia tidak menolak jika sudah tertulis jodohnya dengan artis tersebut.

Emma Maembong, Kamal Adli

Artikel Lain