suria

Lisa Surihani Adakan Bengkel Sebelum Penggambaran Formula Kejayaan

Lisa mengifatkan latihan sebelum penggambaran memudahkan lagi proses pembikinan sesebuah filem.

SEREMBAN: Pelakon Lisa Surihani mengakui keperluan untuk mengadakan bengkel sebelum memulakan penggambaran bagi memastikan sesebuah watak dapat disampaikan dengan baik.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 28, berkata, kemenangannya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM 26) adalah kerana penyampaian watak Dian dalam Istanbul Aku Datang dilakonkan selepas mengambil kira pendapat semua pihak dalam produksi.

"Saya yakin apabila kita adakan bengkel sebelum mula penggambaran kita akan lebih jelas dengan watak yang perlu dibawakan.

"Terutamanya bila ada pengarah dalam bengkel itu boleh memberi garis panduan tentang apa sebenarnya yang mereka mahu terhadap sesebuah watak itu.

"Karakter Dian dalam filem itu disampaikan dengan baik selepas mengambil kira semua pendapat," ujarnya kepada mStar Online.

Lisa menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi file Istanbul Aku Datang.


Lisa Surihani meraih anugerah Pelakon Terbaik Wanita menerusi filem Istanbul Aku Datang di Festival Filem Malaysia ke 26  (FFM 26), di sini, Sabtu lalu.

Sementara itu, Lisa berkata, watak komedi yang dibawa itu bukan semudah disangka berikutan watak tersebut bertentangan dengan karakter sebenar dirinya.

"Watak ini nampak sahaja ringan tetapi sebenarnya ia agak susah kerana ia bukan diri saya sebenar.

"Semasa bengkel selama dua minggu itu kami banyak keluarkan idea untuk bawak watak itu seperti apa yang dimahukan. Saya pun bukan pandai-pandai sendiri melakonkan watak itu," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang kemenangannya, Lisa sememangnya tidak menjangkakan kejayaan itu berikutan kesemua calon akhir yang bertanding mempunyai kehebatan tersendiri.
Lisa Surihani, FFM 26

Artikel Lain