Wanita Brunei Bakal Isteri Azlee Khairi - Hiburan | mStar

Wanita Brunei Bakal Isteri Azlee Khairi

Azlee Khairi - Foto daripada ak7galerigambar.blogspot.com
PETALING JAYA: Pelakon Azlee Khairi memberitahu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita yang dikenali sebagai Leez pada penghujung tahun ini.

Azlee, 25, berkata, bakal isterinya itu berasal dari Brunei dan mereka telah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

"Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini.

"Leez berasal dari Brunei dan kami telah berkenalan dan bercinta sejak setahun lalu," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Azlee berkata, dia bagaimanapun tidak merancang untuk mengikat tali pertunangan terlebih dahulu dengan wanita berusia 31 tahun itu sebaliknya ingin terus disatukan sebagai suami-isteri.

Dia juga tidak menghiraukan cakap-cakap pihak lain dengan keputusannya itu kerana sebagai seorang selebriti setiap perkara yang dilakukannya akan mendapat perhatian dan kritikan.

"Insya-Allah kami akan berkahwin terus tanpa ikatan pertunangan. Saya tidak bimbang  pandangan orang kerana apa juga saya buat mereka akan bercakap.

"Buat majlis kahwin orang bercakap, tidak buat pun orang bercakap jadi saya buat apa yang dirasakan perlu dan betul," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai perbezaan umur mereka sebanyak enam tahun, Azlee berkata ia bukan suatu masalah besar kerana paling penting mereka saling memahami.

Jelas Azlee lagi, dia terpikat dengan Leez kerana wanita itu mengenali sisi baik dan buruknya dan dapat menerima dia seadanya.

"Rasullallah dan Siti Khadijah pun berbeza usia mereka tetapi tetap hidup bahagia dan isu umur itu bukan pengukur dalam sesuatu hubungan.

"Paling penting dia boleh terima diri saya seadanya," kata pelakon drama Love You Mr. Arrogant  ini lagi.
Azlee Khairi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain