LY & Baiduri Cipta Lagu Khas Buat Pesawat MH370 - Hiburan | mStar

LY & Baiduri Cipta Lagu Khas Buat Pesawat MH370

LY dan Baiduri cipta lagu khas untuk beri harapan kepada keluarga dan anak kapal MH370.
SHAH ALAM: Komposer LY bersama isterinya, penulis lirik Baiduri mencipta sebuah lagu khas bagi meluahkan rasa simpati mereka terhadap insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

LY atau nama sebenar Rozman Shafie, 52, berkata, lagu yang belum diberi nama itu menceritakan tentang harapan setiap masyarakat untuk melihat kepulangan pesawat tersebut dalma keadaan selamat.

"Salah seorang kenalan saya ada dalam pesawat tersebut, itu membuatkan saya sangat sedih dan rasa terpanggil untuk membuat lagu ini,".

"Lagu yang saya cipta ini khas buat ahli keluarga mangsa yang terlibat, ia adalah sebagai kata-kata semangat dan harapan agar pesawat itu kembali dengan selamat," katanya ketika ditemui pada majlis LY dan Baiduri meraikan peminat dan media, di Taman Tema Wet World, di sini, Sabtu.

Tambahnya, sejak kehilangan pesawat tersebut dilaporkan, dia dan isteri antara yang paling aktif mengikuti perkembangan terkini yang dilaporkan media.

Katanya, biarpun tidak mampu untuk memberi pertolongan dalam usaha pencarian tersebut, namun dia mengambil inisiatif memberi semangat melalui lagu terbaharu ciptaannya itu.

"Lagu ini bukan tentang kesedihan sebaliknya, naluri saya kuat mengatakan mereka semua berada dalma keadaan selamat dan akan pulang tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, pemilihan Riz AF6 atau nama sebenar Mohd Idris Mohd Zaizizi menyampaikan lagu tersebut adalah berikutan kesesuaian suara penyanyi tersebut.

"Lagu ini baru siap Khamis lalu dan saya fikir Riz AF6 mempunyai suara yang sesuai dengan lagu ini," katanya.

LY & Baiduri , MH370 , Lagu Khas MH370

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu