suria

Amy Search Sumbang Buku Kepada Perpustakaan Kampung Bukit Mat Inson

Amy Search
PENDANG: Penyanyi rock tanah air, Amy Search dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Projek Amal Selangor dan Kuala Lumpur hari ini menyumbangkan 240 buah buku kepada Perpustakaan Kampung Bukit Mat Inson di sini.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata program itu merupakan satu daripada cara untuk berbakti semula kepada masyarakat yang banyak menyokongkerjayanya sejak bergelar artis pada tahun 1980-an.

"Sudah 30 tahun saya berada dalam industri muzik, dengan program seumpamaini, dapatlah saya menyumbang semula kepada mereka yang memerlukan bantuan.

"Saya dapat tahu kampung ini memerlukan bahan bacaan untuk diletakkan diperpustakaan baharu mereka, jadi sebab itulah kami menyumbangkan buku ini,"katanya kepada pemberita di perpustakaan itu di sini.

Sumbangan itu juga merupakan satu daripada program yang dijalankan sempenasiri jelajah 'Amy Search Jelajah Pendang Bersama Komuniti' yang dijalankan selama dua hari bermula hari ini. Bernama

Artikel Lain