suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Deepika Padukone Bekerja 30 Jam Tanpa Henti

Deepika Padukone
Deepika Padukone

JIKA kebanyakan selebriti terlalu berjaga-jaga dengan masa rehat mereka untuk kekal cantik, namun tidak pula buat aktres Bollywood Deepika Padukone yang bekerja selama 30 jam tanpa henti.

Menurut laporan portal Santabanta, Deepika langsung tidak rehat walaupun selepas menjalani proses penggambaran filem yang agak panjang.

"Deepika baru saja selesai penggambaran filem selama 15 jam dan menolak untuk berehat kerana harus menghadiri sebuah majlis anugerah dimana dia turut terlibat sebagai penyampai anugerah itu.

"Bukan itu sahaja, Deepika juga sempat menghadiri latihan majlis tersebut sebelum ianya berlangsung. Dan secara keseluruhan masa, dia telah bekerja selama 30 jam tanpa henti," kata sumber.

Tambah sumber itu, meskipun Deepika kelihatan penat, namun aktres itu menyatakan dia harus melakukan semua itu kerana komitmen sudahpun diberikan dalam pekerjaannya sebagai seorang pelakon.

Artikel Lain