suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jupe Tunda Kahwin Pemain Bola Sepak

Jupe dan Goston telah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.
Jupe dan Goston telah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.

PELAKON kontroversi Indonesia, Julia Perez mengambil keputusan untuk menunda perkahwinannya dengan pemain bola sepak Gaston Castano kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen.

Julia yang lebih mesra dengan sapaan Jupe memberitahu Kapan Lagi, keputusan Gaston yang ingin beraksi dengan sebuah kelab di negara asalnya juga iaitu Argentina turut menjadi punca kepada penangguhan tersebut.

"Kami setuju ia ditunda kerana ingin memberi fokus kepada karier masing-masing tambahan pula saya juga turut sibuk dengan pelbagai projek sepanjang tahun ini," katanya.

Sebagai kekasih, Jupe berkata, dia mahu melihat karier bola sepak Gaston cemerlang di peringkat dunia dan tidak pernah menghalang lelaki itu mengejar cita-citanya.

"Saya tidak mahu dia rasa terbeban dengan perkahwinan sehingga impiannya tidak dapat dilaksanakan dan paling penting buat masa ini kami saling mempercayai dan menyokong di antara satu sama lain," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain