suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Min Ho & Shin Hye Dikatakan Bercinta

PASANGAN kekasih dalam drama Korea iaitu The Heirs, Lee Min Ho dan Park Shin Hye dilaporkan sedang hangat bercinta sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan menjalinkan hubungan istimewa seperti yang dilaporkan media China.

"Khabar angin itu tidak benar. Saya tidak tahu bagaimana cerita seperti itu boleh timbul di China," kata Min Ho.

Sementara itu, Shin Hye percaya khabar angin tersebut timbul semula kerana drama bersiri berkenaan mendapat rating tertinggi di negara itu.

"Dakwaan kami bercinta tidak benar. Khabar angin itu muncul kerana The Heirs kini popular di negara itu," kata Shin Hye.

Terdahulu, Shin Hye dalam program SBS berkata, dia gembira dengan khabar angin berkenaan.

"Itu bererti kami tampak secocok ketika digandingkan. Namun buat masa ini, saya lebih selesa solo," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain