suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pamela Anderson Rujuk Semula Bekas Suami

Pamela (kiri) dan Rick pernah berkahwin pada tahun 2007 sebelum bercerai beberapa bulan kemudian.
Pamela (kiri) dan Rick pernah berkahwin pada tahun 2007 sebelum bercerai beberapa bulan kemudian.

PELAKON Pamela Anderson telah berkahwin semula dengan bekas suaminya, Rick Slomon.

Menurut laporan E News, pasangan itu mengesahkan berita tersebut semasa menghadiri Gala Haiti yang dianjurkan oleh pelakon Sean Penn di Los Angeles pada Sabtu lalu.

Bekas pelakon drama bersiri Baywatch itu turut dilihat mengenakan cincin di jari tangan kirinya ketika hadir ke majlis tersebut bersama Rick.

Pamela, 45, dan Rick, 45, pertama kali berkahwin pada 2007 di Las Vegas namun bercerai beberapa bulan kemudian.

Bagaimanapun pada Oktober tahun lalu, Pamela memberitahu ketika muncul dalam program The Ellen DeGeneres bahawa mereka telah kembali bersama sebagai pasangan namun tidak bercadang untuk berkahwin semula dengan lelaki itu.

Anderson dan Salomon sebelum ini telah berkahwin pada bulan Oktober 2007, tetapi dia memfailkan tuntutan cerai hanya dua bulan kemudian.

Artikel Lain