suria

Konsert Lefthanded Di Hard Rock Melaka 22 Disember Ini

Nash
Nash
Nash

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock legenda Lefthanded bakal mengadakan konsert di Hard Rock Cafe (HRC) Melaka pada 22 Disember depan.

Vokalisnya, Nash berkata, ia merupakan persembahan pertama kali di negeri tersebut sejak 15 tahun lalu.

"Kami akan membawakan sebanyak 15 buah lagu popular yang dibahagikan kepada dua set.

"Tiada apa gimik yang akan ditampilkan tetapi kami akan memberi persembahan yang santai tetapi mantap khas buat para peminat," katanya.

Nash bersama gitaris Lefthanded iaitu Man Kidal ditemui pada sidang media konsert berkenaan di HRC di sini pada Selasa.

Selain kedua-dua mereka, Lefthanded turutn dianggotai Yan (bes) dan Man Dayak (dram).

Tambah Nash, penyanyi Mus (May) dan Shila (bintang realiti Kilauan Emas) turut dijemput untuk membuat persembahan sebagai artis undangan.

Pada konsert tersebut, terdapat beberapa aktiviti seperti menunggang motosikal berkuasa tinggi secara konvoi bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Melaka akan turut diadakan selain jualan lelong gitar bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negara ini.

Sementara itu, beritahu Man Kidal pula, konsert tersebut merupakan sebagai acara pengenalan Lefthanded sebelum mereka meneruskan hasrat mengadakan konsert berskala besar.

"Kami sedang menuju ke arah itu (konsert skala besar) dan konsert di HRC Melaka sebagai 'wake up call' buat peminat yang sudah lama menunggu kami.

"Kalau boleh Lefthanded bercadang ingin mengadakan konsert dengan bajet yang besar dalam masa enam bulan ini. Cuma kami mengharapkan penaja untuk menjayakan konsert tersebut," ujarnya.

Bagi yang ingin menyaksikan konsert Lefthanded, tiket berharga RM70 dan RM80 boleh dibeli di kaunter HRC Melaka atau hubungi talian 06-2925188 untuk sebarang pertanyaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain