Afiq Muiz & Eina Azman Sekadar Kawan Baik - Hiburan | mStar

Afiq Muiz & Eina Azman Sekadar Kawan Baik

Afiq menganggap cerita kononnya dia bercinta dengan pelakon remaja iaitu Eina hanyalah sekadar salah faham. Foto ihsan Hazelnart Work Photographic Studio.
Afiq menganggap cerita kononnya dia bercinta dengan pelakon remaja iaitu Eina hanyalah sekadar salah faham. Foto ihsan Hazelnart Work Photographic Studio.

PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz menyifatkan dakwaan kononnya dia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon remaja, Eina Azman adalah tidak benar dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar sahabat baik.

Afiq atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman, 20, berkata, mereka mula rapat sejak tiga tahun lalu dan dia selesa berkawan dengan anak saudara kepada penyanyi dan guru vokal Juliza Adlizan itu.

"Saya kenal Eina semasa zaman saya menjadi pelakon tambahan lagi dan mungkin sebelum ini keakraban kami orang tidak ambil kisah dan kami selesa dengan persahabatan yang telah terjalin selama tiga tahun.

"Cerita kononnya kami bercinta adalah tidak benar sama sekali dan saya menghormatinya sebagai seorang sahabat," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Tambah Afiq, cerita itu juga mula tersebar berkemungkinan kerana gandingan mereka dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan gambar-gambar mesra yang tersebar di Internet baru-baru ini.

"Mungkin juga orang lihat keserasian kami dalam drama itu ditambah dengan gambar kami berdua di luar set penggambaran telah menimbulkan salah faham tetapi hakikatnya kami cuma berkawan baik," jelasnya.

Dalam pada itu, Afiq berkata, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dan ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonannya yang semakin berkembang.

Katanya, masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian kerana menganggap bakatnya masih belum cukup menyinar di kalangan pelakon-pelakon seangkatan.

"Saya berhasrat untuk menang anugerah pada tahun ini dan untuk mendapatkan penghargaan itu saya perlu bekerja keras untuk masyarakat melihat kebolehan saya sebagai pelakon," jelasnya.

Artikel Sebelum

Wan Norazlin Serik Dedah Kisah Peribadi

Artikel Berikut

AJL27 : Aizat Bimbang Lupa Lirik Lagu Yuna

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain