Pementasan Teater Muzikal Tan Sri Arshad Ayub 25 Januari 2013

Pensyarah Kanan Fakulti Teater Filem dan Animasi UiTM, Mazlan Tahir(kiri) bersama Ketua Pengarah Projek teaterm Aminah Abd Rhapor dan Noraini menunjukkan poster Teater Muzikal "Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub"
Pensyarah Kanan Fakulti Teater Filem dan Animasi UiTM, Mazlan Tahir(kiri) bersama  Ketua Pengarah Projek teaterm Aminah Abd Rhapor dan Noraini menunjukkan poster Teater Muzikal
Pensyarah Kanan Fakulti Teater Filem dan Animasi UiTM, Mazlan Tahir(kiri) bersama Ketua Pengarah Projek teaterm Aminah Abd Rhapor dan Noraini menunjukkan poster Teater Muzikal "Destini Anak Bangsa Tan Sri Arshad Ayub"

KUALA LUMPUR: Bagi menghargai jasa dan pengorbanan tokoh pendidikan Tan Sri Arshad Ayub membangunkan Universiti Teknologi Mara (UiTM), institusi pengajian tinggi itu akan menganjurkan Teater Muzikal 'Destini Anak Bangsa' bermula 25 Januari depan.

Pementasan selama empat hari di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam itu antara lain mengisahkan suka duka kehidupan Arshad yang merupakan pengarah pertama Institusi Teknologi Mara dari 1967 hingga 1975. Arshad, 84, kini Pro-Canselor UiTM.

Pengerusi Jawatankuasa Publisiti teater itu, Noraini Ahmad Shariff berkata teater muzikal selama dua jam itu menampilkan watak utamanya dibawa beberapa pelakon terkemuka selain 70 pensyarah dan pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi serta Fakulti Muzik UiTM.

"Teater ini diarahkan oleh pensyarah Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM, Mazlan Tahir," kata Noraini kepada Bernama.

Menurutnya watak Arshad ketika dewasa akan dilakonkan oleh pelakon Tony Eusoff, watak Puan Sri Zaleha Mohd Arshad dibawa oleh Intan Ladyana manakala Isma Daniel memegang watak Datuk Sahul Hamid Abu Bakar selaku naib canselor UiTM dan Azizah Mahzan membawa watak Kalsom, ibu Arshad.

Antara perjalanan hidup Arshad yang dimuatkan dalam teater itu ialah kehidupannya sebagai pelajar miskin di Muar, detik ibu beliau meninggal dunia sebelum beliau menerima gaji dari pekerjaan pertamanya serta perkenalannya dengan Zaleha.

"Diharapkan pementasan teater muzikal ini akan memberi motivasi dan kesedaran kepada golongan muda supaya mengutamakan ilmu dan pendidikan.

"Kita juga berharap mereka dapat mencontohi ketabahan dan kesungguhan Arshad," kata Noraini.

Tiket pementasan itu berharga RM15, RM25, RM50, RM80 dan RM100 boleh dibeli di UiTM dengan menghubungi 03-79622186, 03-55227461 dan 03-55444860. Hasil kutipan pementasan teater itu akan disalurkan ke Tabung Destini Anak Bangsa UiTM bagi membantu pelajar UiTM yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran di luar negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Uchop Juara 'Vokal 2', Tewaskan Mar

Artikel Berikut

69 Penerbit Drama Terima Insentif RM4.5j

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain