suria

Katie Holmes Tidak Bebas Masih ‘Dibayangi’ Tom Cruise

Katie Holmes akan terus terikat dengan Tom Cruise sepanjang hidupnya kerana anak mereka, Suri.
Katie Holmes akan terus terikat dengan Tom Cruise sepanjang hidupnya kerana anak mereka, Suri.
Katie Holmes akan terus terikat dengan Tom Cruise sepanjang hidupnya kerana anak mereka, Suri.

NEW YORK: Pelakon Katie Holmes mengakui dirinya masih ‘terperangkap’ dalam kehidupan bekas suami, aktor Tom Cruise walaupun selepas beberapa bulan mereka bercerai.

Katanya, kewujudan Cruise dalam hampir segenap aspek kehidupannya atas alasan anak mereka iaitu Suri membuatkan dia berasa tidak bebas dan terus terikat dengan aktor itu.

“Katie akan terus terikat dengan Tom sepanjang hidupnya sama ada dia suka atau pun tidak.

“Jika saya berada di tempatnya (Katie), sudah tentu saya berasa ‘terikat’ dengan kewujudan Tom. Saya tahu apa yang dia rasa. Ia satu penyeksaan pada setiap waktu.

“Saya tidak pasti jika Katie boleh bertenang dalam menghadapi perkara itu,” kata sumber seperti dipetik showbizspy.com.

Menurut laporan, Holmes menjadi lebih bimbang menjelang tarikh ulang tahun perkahwinan yang keenam pada 18 November ini.

“Dia (Katie) menjadi lebih terganggu dan beremosi menjelang ulang tahun perkahwinan mereka kerana ia akan mengimbau memori baik dan buruk sepanjang bersama.

“Akan timbul juga perebutan untuk giliran menjaga Suri ketika musim percutian nanti. Katie risau di mana Suri patut meraikan cuti “Thanksgiving” dan hadiah Krismas apa yang patut dibelikan.

“Tom tentu akan berusaha untuk mengatasi Katie dalam aspek itu, sekali gus menjadikan Katie hilang fungsi sebagai seorang ibu,” kata sumber itu lagi.

Artikel Sebelum

Suami Gembira Marshanda Gemuk

Artikel Lain