suria

Permohonan Halle Berry Bawa Anak Ke Perancis Ditolak Mahkamah

Halle Berry bersama anaknya, Nahla. - Gambar fail
Halle Berry bersama anaknya, Nahla. - Gambar fail
Halle Berry bersama anaknya, Nahla. - Gambar fail

HASRAT aktres Hollywood Halle Berry untuk berpindah ke Perancis bersama anaknya, Nahla Ariela Aubry, 4, tidak kesampaian apabila permohonan hak penjagaan kanak-kanak perempuan itu di negara tersebut tidak diluluskan mahkamah.

Menurut laporan laman web TMZ.com, permohonan Halle, 46, ditolak ketika dia hadir pada keputusan perbicaraan itu di mahkamah di Los Angeles pada Jumaat (waktu tempatan).

Dalam perbicaraan itu, bekas kekasih aktres itu yang juga bapa Nahla iaitu Gabriel Aubry memfailkan bantahan bagi menghalang rancangan Berry untuk berpindah ke Perancis kerana tindakan itu akan membataskan peluangnya bertemu dengan anak kecil itu.

Dalam hujahan balas, Berry pula berkata undang-undang privasi dipraktikkan dengan lebih tegas dan ketat di Perancis, sekaligus ia dapat melindungi Nahla daripada buruan lensa paparazi.

Sebelum ini, Berry juga terpaksa menangguhkan perancangan untuk melangsungkan perkahwinan dengan aktor Perancis, Olivier Martinez itu Martinez kerana memberikan tumpuan pada perbicaraan berkenaan.

Bagaimanapun, aktres filem Cloud Atlas itu pernah mendedahkan mereka tetap berharap untuk memiliki anak kandung sendiri kelak.

“Kami berdoa kepada Tuhan. Ia adalah sesuatu yang indah. Dia (Nahla) berdoa, ‘Tuhan, tolong berikan saya sebuah katil dan adik perempuan.’

“Saya pula berkata, ‘Saya boleh tunaikan hasrat pertamanya (memiliki katil baru) tetapi mengenai soal adik baru, kami terpaksa terus berdoa.

“Apa yang akan anda jelaskan apabila dia mahu mempunyai adik baru dan dia tidak faham mengapa Tuhan mengambil masa yang lama (menunaikan hajat)?” katanya.

Berry berpisah dengan Aubry pada 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain