suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barack Obama Nasihatkan Jay-Z Jaga Anak

Obama menganggap Jay-Z dan isterinya, penyanyi Beyonce sebagai rakan baik.
Obama menganggap Jay-Z dan isterinya, penyanyi Beyonce sebagai rakan baik.
Obama menganggap Jay-Z dan isterinya, penyanyi Beyonce sebagai rakan baik.

PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama mendedahkan beliau telah memberi nasihat tentang penjagaan anak kepada penyanyi rap terkenal Jay-Z supaya lebih ringan tulang untuk menguruskan Blue Ivy Carter.

Dalam satu temu bual, Obama mendedahkan hubungannya dengan Jay-Z dan isterinya, Beyonce menjadi akrab selepas penyanyi itu mengadakan persembahan untuknya pada tahun 2009.

"Saya akan memastikan Jay akan sentiasa membantu Beyonce untuk menguruskan anak mereka dan mereka adalah ibu dan bapa yang baik," ujarnya ketika diwawancara menerusi stesen radio Z1079.

Beliau juga mendedahkan telah mengenali pasangan itu sejak beberapa tahun dan hubungan mereka kini akrab.

"Mereka sangat baik dan merendah diri. Beyonce sangat mesra dengan isteri saya dan anak-anak kami. Mereka berkawan baik.

"Kami sering berbual mengenai perkara yang sama seperti mana saya berborak dengan rakan-rakan saya," katanya.

Artikel Lain