suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktor 'X-Men' James Marsden Bakal Jadi Bapa Lagi

James Marsden
James Marsden
James Marsden

LONDON: Aktor filem X-Men James Marsden yang bercerai dengan isterinya Lisa Linde pada tahun lalu dilaporkan bakal menjadi bapa untuk kali ketiga.

Pada kali ini, ibu kepada anak ketiga itu adalah seorang peragawati yang mula menjalin hubungan dengannya selepas perceraian aktor itu.

“Difahamkan, seorang gadis yang menjadi kekasih James selepas bercerai dengan isterinya kini hamil empat bulan. Gadis itu sangat teruja untuk bergelar ibu,” kata satu sumber seperti dipetik eonline.com.

Pelakon berusia 38 tahun itu mempunyai dua orang anak iaitu Jack Holden dan anak perempuan bernama Mary James hasil perkahwinan dengan isterinya yang curang itu.

Isterinya, Linde memfailkan perceraian pada September tahun lalu selepas lebih 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Artikel Lain