suria

19 Jun Diiktiraf Hari Istimewa Justin Bieber

Justin Bieber
Justin Bieber
Justin Bieber

NEW YORK: Bintang remaja sensasi Justin Bieber dikurniakan satu hari istimewa yang dinamakan Justin Bieber Appreciation Day pada tanggal 19 Jun setiap tahun, demikian menurut kenyataan rasmi bandar raya ini.

Laman web dailystar.co.uk melaporkan, Bieber menerima kunjungan Presiden Kawasan Manhattan Scott M. Stringer ketika penyanyi berusia 18 tahun itu menghadiri majlis menandatangani perjanjian album di sebuah kedai elektronik di Manhattan pada Selasa (waktu tempatan).

Menurut laman amny.com, pegawai presiden itu menyerahkan sijil pengiktirafan yang dibingkaikan itu sebagai menandakan hari istimewa penyanyi itu dan bersempena album barunya berjudul Believe.

“Pengiktirafan ini adalah mewakili 1.6 juta penduduk Manhattan yang berasa teruja dengan kemunculan Bieber di sini. Saya tidak akan mengiktiraf sesuatu melainkan apabila saya mempercayainya,” kata Stringer dalam ucapannya. - IANS

Artikel Lain