suria

Brad Pitt Gagal Wakili Pasukan Bola Keranjang Sekolah

Brad Pitt
Brad Pitt
Brad Pitt

LOS ANGELES: Aktor Brad Pitt berkata dia pernah ditolak daripada menyertai pasukan utama bola keranjang ketika di sekolah tinggi dan menubuhkan pasukannya sendiri bersama pemain-pemain lain yang turut menerima nasib sepertinya.

Bintang berusia 48 tahun itu gagal layak pada pusingan pertama saringan di Cherokee Middle School di tempat asalnya, Springfield, Missouri pada 1977.

Brad yang pada ketika itu berusia 14 tahun menggelarkan pasukan bola keranjang itu ‘Cherokee Rejects’.

“Kami adalah pasukan Cherokee Rejects. Kami berlima menubuhkan pasukan tersebut selepas gagal diserapkan ke pasukan utama bola keranjang gred lapan.

“Idea itu dicetuskan oleh Brad dan ayahnya Bill bertindak sebagai jurulatih pada ketika itu,” kata salah seorang rakan sekolah Pitt.

“Brad memberikan nama pasukan itu. Saya tidak fikir kami terlalu ambil peduli mengenai kegagalan kami menyertai pasukan utama sekolah, kami anggap ia sebagai sesuatu yang lucu,” lapor majalah usmagazine.com.

Selain itu, Brad juga kurang menyerlah dalam sukan besbol.

Artikel Berikut

Artikel Lain