suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Scarlett Johansson Paranoid Gambar Bogelnya Tersebar

Scarlett Johansson
Scarlett Johansson
Scarlett Johansson

LONDON: Pelakon Scarlett Johansson mendedahkan dia berasa sangat malu selepas insiden gambar bogelnya tersebar di Internet pada September tahun lalu.

Dalam satu temu ramah bersama majalah Vogue baru-baru ini, aktres itu mengakui gambar kontroversi berkenaan membuatkan dirinya paranoid.

Gambar-gambar bogel yang diambilnya sendiri untuk kekasih yang juga aktor Ryan Reynolds itu, bagaimanapun tersebar luas sehingga memaksa aktres itu membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Apabila gambar-gambar itu tersebar, saya tahu orang ramai akan mula bercakap di luar sana kerana mereka sudah melihat bahagian sulit tubuh saya.

“Ia sangat memalukan. Anda tentu tahu apa yang saya rasakan. Kalau pun mereka belum melihatnya, sudah tentu saya berasa paranoid,” katanya seperti dipetik Daily Mail sebagai berkata kepada majalah tersebut.

Bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu menegaskan dia tidak menagih simpati atau meletakkan diri sebagai mangsa keadaan.

“Saya tidak mahu menganggap diri saya sebagai mangsa keadaan dan menanggung perasaan malu itu. Seseorang telah mencuri telefon saya... ia tidak patut berlaku,” tambahnya.

Artikel Lain