Aru (Koffin Kanser) Cuci Rambut Guna Vakum

Aru. Foto: Feride Hikmet Atak
Aru. Foto: Feride Hikmet Atak
Aru. Foto: Feride Hikmet Atak

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Koffin Kanser iaitu Aru yang terkenal dengan gaya rambut dreadlock atau simpul mati membuka rahsia bahawa dia menggunakan vakum untuk membersihkan rambutnya itu.

Aru yang menggayakan imej itu sejak 18 tahun lalu berkata dia memerlukan masa yang lama untuk melakukan rutin penjagaan rambut, apatah lagi cara pembersihannya amat rumit untuk dilakukan.

"Ramai yang menganggap rambut dreadlock paling mudah untuk dijaga, kerana biasanya ia akan dibiarkan dan tidak akan dicuci.

"Berlainan pula dengan saya kerana saya akan mencucinya menggunakan vakum untuk menyedut habuk-habuk yang melekat pada rambut.

"Kemudian saya mencuci menggunakan syampu khas agar rambut tidak busuk. Lagipun, perlu diingat, mahu bergaya macam mana sekalipun rambut itu, sebagai seorang Islam, menjaga kebersihan diri amatlah penting kerana ia dapat menghindarkan kita daripada penyakit.," katanya.

Tambah anak kelahiran Alor Setar Kedah ini, dia juga akan memastikan dirinya kurang berpeluh supaya rambut tidak mudah berbau busuk.

"Mujurlah kerja-kerja saya banyak dihabiskan pada waktu malam kerana tubuh badan akan kurang berpeluh berbanding siang.

"Jujur saya katakan, bukan mudah untuk menjaga rambut dreadlock yang panjang seperti saya," jelasnya.

Walaupun sukar untuk menjaga 'asetnya' itu, Aru bertegas dia tidak akan mengubah imej rambut itu sehingga ke akhir hayat kerana ia merupakan satu tanda perjuangan penyanyi ini dalam industri muzik tempatan

"Memang saya tak pernah nak mengubah gaya rambut ini kerana selain selesa, imej sebegitu menunjukkan dirinya masih lagi setia memperjuangkan kumpulan Koffin Kanser, muzik Groove Metal dan Reggae," ujarnya ringkas.

Koffin Kanser bersama- sama dengan kumpulan-kumpulan metal tempatan lain seperti Bloodshed, Infectious Maggots, Sarjan Hassan, Hayagriva dan Lobotomy bakal menggegarkan pentas Stadium Chinwoo, Kuala Lumpur dalam konsert Metal Camp pada 29 April ini bermula pada pukul 3 petang.

Tiket berharga RM75 dan RM90 boleh dibeli menerusi kaunter Nebiula Heavy Metal Shop, Kuala Lumour (013-2193383), Khakan Production, Ipoh, Perak (013-4962511), RDL Distro, Johor Bahru (012-7814198) dan Dead Beat Shop, Pulau Pinang (012-4460316).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain