suria

Foto Cincin Di Jari, Miley Cyrus Sudah Bertunang?

Liam Hemsworth dan Miley Cyrus
Liam Hemsworth dan Miley Cyrus
Liam Hemsworth dan Miley Cyrus

PENYANYI Miley Cyrus membuatkan para peminat tidak senang duduk apabila foto yang memaparkan kukunya yang baru diwarnakan diletakkan ke akaun Twitter miliknya.

Ia menjadi bualan hangat di Twitter apabila foto tersebut turut menunjukkan sebentuk cincin pada jari Miley sekali gus mengundang persoalan berkemungkinan besar dia dan kekasihnya, Liam Hemsworth, sudah bertunang.

Pada entri Twitter tersebut, Miley menyatakan bahawa dia sangat menyukai warna kuku yang baru dibuatnya.

"Saya begitu teruja dengan kuku yang dibuat oleh @jennahipp! Ia membuatkan ia kelihatan cantik dan klasik! Lihatlah!," kata Miley dalam entri berkenaan.

Dalam pada itu Miley turut menyatakan perasaan sayangnya terhadap Liam dalam entri berkenaan.

"Saya hidup dengan tiga orang yang sangat menyayangi diriku, seorang kekasih yang kacak, keluarga dan 5.2 juta peminat-peminat yang dicintai," katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini menurut sumber, Miley masih lagi merahsiakan perkara tersebut tetapi telah pun merancang ke arah perkahwinan.

"Liam begitu menyayangi Miley. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi penyanyi itu dan mereka pernah berbincang untuk mendirikan rumah tangga bersama," ujar sumber itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain