suria

Kelahiran Bakal Bayi Jadi Sejarah Hidup Shidee

Shidee akui debaran untuk bergelar bapa buat julung kalinya pada usia 53 tahun. - Foto oleh KIMBERLY YEO
Shidee akui debaran untuk bergelar bapa buat julung kalinya pada usia 53 tahun. - Foto oleh KIMBERLY YEO
Shidee akui debaran untuk bergelar bapa buat julung kalinya pada usia 53 tahun. - Foto oleh KIMBERLY YEO

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an Shidee yang bakal bergelar bapa buat julung kalinya pada Jun depan menyifatkan berita itu sebagai sejarah termanis dalam hidupnya.

Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 53, berkata ia adalah perkhabaran gembira yang tidak pernah dia jangkakan selama ini.

“Saya tidak pernah berkahwin, apatah lagi untuk memiliki anak sendiri. Apabila mendapat tahu isteri saya mengandung dan bakal bersalin pada Jun depan, ia adalah satu sejarah dalam hidup saya.

“Berita bahawa saya akan mendapat zuriat sendiri adalah kegembiraan sebenar yang cukup bermakna,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Shidee mendirikan rumah tangga dengan Siti Fairunnisa Aziz, 24, pada 1 Febuari 2010 di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu dengan berwalikan bapa saudara Siti Fairunnisa.

Shidee berkata selepas berkahwin pada dua tahun lalu, dia pernah diselubungi perasaan bimbang sama ada akan memperolehi zuriat sendiri kerana faktor usianya.

“Saya pernah terfikir apakah saya akan dikurniakan Tuhan dengan zuriat sendiri memandangkan usia sudah mencecah 50-an ketika berkahwin.

“Kini, saya sangat gembira dan bersyukur apabila mendapat berita akan mendapat anak. Apa sekali pun jantina bayi yang bakal lahir nanti, saya terima dengan sepenuh hati,” katanya.

Berkongsi debarannya untuk bergelar bapa, Shidee berkata memandangkan masih ada beberapa bulan menjelang kelahiran anaknya, dia hanya melakukan persiapan secara sederhana buat masa ini.

“Memang saya teruja dan tidak sabar tetapi buat masa ini saya hanya buat persiapan ala kadar sahaja seperti membeli barang-barang keperluan dan kos perbelanjaan hospital nanti.

“Apa juga permintaan isteri pada waktu ini, akan saya cuba tunaikan sedaya mungkin,” katanya.

Shidee berkata berita gembira itu turut menjernihkan semula hubungannya dengan ibu mertua, Jamaliah Hassan yang keruh sebelum ini kerana perkahwinannya tidak mendapat restu wanita itu.

“Inilah dia kuasa dan ketentuan Tuhan. Hubungan saya dan ibu mertua yang keruh dan tegang sebelum ini bertambah baik selepas mendapat berita gembira ini.

“Malah, dia (ibu mertua) yang bersusah payah dalam menjaga hal ehwal isteri saya sepanjang tempoh hamil ini,” katanya.

Artikel Sebelum

Victoria Beckham Enggan Anak Lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain