suria

Anis Aneesa Bertunang Dengan Lelaki Iran

Anis Aneesa bersama tunangnya, Ali Hedayati (Alex). - Foto oleh WAHIDUZZAMAN
Anis Aneesa bersama tunangnya, Ali Hedayati (Alex). - Foto oleh WAHIDUZZAMAN
Anis Aneesa bersama tunangnya, Ali Hedayati (Alex). - Foto oleh WAHIDUZZAMAN

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anis Aneesa mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan dari Iran, Ali Hedayati (Alex) dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Hotel Quality, di sini, malam Jumaat.

Bercerita tentang perkenalannya dengan lelaki berusia 32 tahun itu, Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 25, berkata dia berasa yakin untuk menerima lamaran kekasihnya itu kerana berasa selesa dan selamat setiap kali bersama.

"Kalau diikutkan kami baru sahaja berkenalan kira-kira enam bulan yang lalu di satu majlis sambutan hari lahir seorang kawan saya.

"Tempoh perkenalan kami yang singkat tidak menjadi isu atau halangan kerana saya yakin dan percaya dengannya.

"Sikap penyayang dan mengambil berat dalam dirinya itu menepati kriteria lelaki yang saya cari," katanya yang ditemui selepas majlis pertunangan itu, di sini.

Penyanyi lagu Qasidah Cinta ini berkata mereka hanya bertunang untuk tempoh yang singkat dan sudah merancang untuk bergelar suami isteri kira-kira enam bulan selepas itu.

"Buat apa hendak tangguh lama-lama ikatan pertunangan jika kami sudah bersedia untuk berkahwin.

"Umur saya juga akan mencecah 26 tahun pada tahun ini. Saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri," katanya.

Diusik pula tentang keistimewaan Anis di matanya, Alex berkata faktor bahasa, budaya dan bangsa yang berlainan tidak menjadi isu kerana dia tertawan dengan kelembutan dan latar belakang penyanyi itu yang rapat dan mengutamakan keluarga.

"Saya senang dengan sikapnya yang baik, bersopan-santun dan mengutamakan keluarga," katanya. Pada majlis yang bertemakan malam Arab/Maghribi itu, pasangan tersebut mengenakan sepersalinan pakaian tradisional Melayu berwarna merah.

Selain dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan rapat pasangan itu, majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis termasuklah Ayati Tasrip, Yantzen dan ramai lagi.

Artikel Lain