suria

Lady Gaga Muncul Dalam Komik Batman

Lady Gaga dalam komik Batman.
Lady Gaga dalam komik Batman.
Lady Gaga dalam komik Batman.

WAJAH dan penampilan penyanyi yang berimej pelik, Lady Gaga bakal muncul dalam siri terbaru komik popular, Batman Incorporated: Leviathan Strikes.

Watak Gaga itu adalah bagi menyokong plot cerita berkenaan menerusi karakter stephanie Brown (Batgirl) yang sering bertemu dengan orang yang mempunyai mirip selebriti popular.

Billboard.com menyatakan selain Gaga, beberapa nama lain seperti Madonna, Rihanna, Katy Perry juga akan muncul dalam komik berkenaan yang ditulis oleh Grant Morrison itu.

Sebelum ini Gaga juga pernah muncul dalam komik Fame: Lady Gaga selain komik Lady Gaga: Take 2 sementara Madonna pernah muncul dalam komik Bluewater.

Artikel Sebelum

SOROTAN 2011: Perkahwinan artis

Artikel Berikut

Artikel Lain