suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Suatu Malam Kubur Berasap' Kutip RM580 Ribu

Angah Raja Lawak membintangi filem Suatu Malam Kubur Berasap.
Angah Raja Lawak membintangi filem Suatu Malam Kubur Berasap.
Angah Raja Lawak membintangi filem Suatu Malam Kubur Berasap.

PETALING JAYA: Filem komedi seram Suatu Malam Kubur Berasap telah berjaya mengutip RM580,000 sejak ditayangkan di 61 pawagam tempatan bermula 22 Disember lalu.

Menurut pengarahnya, Ernie Chen, kebanyakan penonton yang telah menonton filem itu memberikan respons yang positif.

“Saya sangat teruja dan mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang menonton filem “Suatu Malam Kubur Berasap” serta pihak media yang membantu mempromosikan filem ini.

“Seperti yang saya katakan, objektif filem ini adalah untuk menghiburkan penonton dan saya mendapati kebanyakan peminat di laman Facebook Suatu Malam Kubur Berasap mengatakan filem ini menghiburkan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Melihat kepada sambutan penonton, Ernie menyasarkan filem ini untuk mendapat setanding atau melebihi kutipan filem komedi seram Hantu Bonceng iaitu RM8.53 juta.

“Pada hari pertama filem ini ditayangkan, saya mendapati kebanyakan pawagam yang menayangkan filem ini penuh.

“Bagaimanapun, saya memerlukan sokongan daripada penonton untuk mencapai sasaran kutipan melebihi RM8 juta,” katanya lagi.

Filem ini dilakonkan oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Ruminah Sidek, Zach Diamond, Azrul Raja Lawak dan pelakon baru, Ain Nordin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain