suria

Christian Bale Dihalau Penduduk Timur China

Christian Bale
Christian Bale
Christian Bale

ENTAH apa silapnya, niat baik kunjungan aktor Christian Bale ke sebuah desa Dongshigu, di timur China, untuk bertemu seorang aktivis, Chen Ghuangcheng, tidak disenangi oleh segelintir masyarakat di daerah itu.

Menurut laporan portal E! Online, Bale diusir secara kasar oleh warga penduduk di sana selepas menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Chen.

Difahamkan, Chen yang juga merupakan seorang pengacara itu dibebaskan daripada penjara pada tahun lalu akibat dituduh merosakkan harta benda awam ketika mengadakan demonstrasi.

Bagaimanapun Chen tidak dibebaskan sepenuhnya kerana masih lagi diawasi oleh seorang penjaga di rumahnya.

"Saya di sini untuk bertemu dengan Chen Ghuangcheng," demikian kata Bale yang dirakam oleh jurukamera CNN saat dia disingkir penjaga tersebut.

Bale tidak menyerah kalah, sebaliknya merakam setiap detik kejadian yang berlaku kepadanya. Namun kamera itu dirampas dan aktor The Dark Night itu terpaksa meninggalkan tempat itu.

Kunjungan Bale itu sebenarnya sekadar ingin membantu keluarga aktivis berkenaan selain untuk mempromosikan filem terbarunya berjudul The Flowers Of War.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain