suria

TV3 Beri Perhatian Isu Cerita Seram

Ahmad Izham Omar.
Ahmad Izham Omar.
Ahmad Izham Omar.

PETALING JAYA: Stesen milik Media Prima Berhad, TV3 memberi perhatian sepenuhnya terhadap isu cerita seram yang menjadi isu hebat di negara ini.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya sentiasa memastikan program seram yang ditayangkan di stesen itu mempunyai pengajaran berguna untuk penonton.

"Sudah tentu pihak kami memberi perhatian sewajarnya mengenai isu berkenaan dan kami memandang tinggi terhadap semua pandangan yang diutarakan.

"Malah kami memastikan semua drama berunsur seram mempunyai mesej jelas dan penonton dapat mengambil iktibar daripada cerita yang dipaparkan," ujarnya.

Ahmad Izham ditemui ketika sidang media selepas majlis pratonton program terbaru Media Prima di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Jumaat lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata, slot hidangan cerita seram hanya ditayangkan seminggu sekali di stesen itu iaitu pada hari Khamis.

"Malah kami di TV3 secara jelas menerangkan pada permulaan cerita bahawa semua program berunsur seram memerlukan bimbingan daripada ibu bapa untuk penonton bawah umur," ujarnya.

Baru-baru ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas mengenai lambakan filem seram di televisyen, yang menurutnya, tidak langsung membantu membina pemikiran masyarakat.

Drama dan filem seram bukan hanya ditonton oleh orang dewasa pada lewat malam tetapi kerana kemajuan teknologi, ia boleh dilihat 24 jam oleh semua peringkat umur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain