Nabil & Nazirah Mahu Anak Selepas Dua Tahun - Hiburan | mStar

Nabil & Nazirah Mahu Anak Selepas Dua Tahun

PUTRAJAYA: Pasangan pengantin Ahmad Nabil Ahmad, 28, dan Nazirah Ayub, 23, merancang untuk mempunyai cahaya mata apabila masuk tahun kedua perkahwinan mereka.

Kata Nabil, buat masa ini mereka mahu menjalani kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu.

"Kami merancang untuk ada cahaya mata pada tahun kedua perkahwinan nanti. Sekarang ini kami masing-masing mempunyai perancangan untuk kerjaya, Insya-Allah kalau boleh kami mahu tiga cahaya mata," katanya selepas selesai upacara akad nikah di Masjid Tuanku Mizan, di sini, Jumaat.

Tambah Nabil, mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu tetapi akan menunaikan umrah bersama penghujung tahun ini.

"Kami belum rancang apa-apa untuk berbulan madu. Cuma saya terfikir untuk pergi menunaikan umrah bersama-sama sebelum berbulan madu," katanya.

Ditanya tentang keistimewaan Nazirah pada mata Nabil, katanya bekas pramugari AirAsia itu seorang yang peramah dan boleh serasi dengannya.

Sementara itu, Nazirah mengakui perkenalan singkat mereka mampu meyakinkannya untuk hidup bersama Juara Raja Lawak itu.

"Saya percaya dia boleh menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sepanjang perkenalan kami dia menunjukkan kesungguhannya untuk hidup bersama saya," ujarnya.

Tambah Nazirah dia merancang untuk membuka perniagaan butik pakaian selepas meletakkan jawatan sebagai pramugari.

Kedua pasangan tersebut akan diraikan pada majlis resepsi yang akan diadakan pada Ahad (esok) di I-City, Shah Alam, Selangor berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

Artikel Sebelum

Mawi, Ekin Teruja Nak Tahu Jantina Anak

Artikel Berikut

Tomok Paling Muda Dalam 'Inilah...'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain