suria

Datuk Paduka Shuhaimi Baba Jadi Presiden PFM

Datuk Paduka Shuhaimi Baba
Datuk Paduka Shuhaimi Baba
Datuk Paduka Shuhaimi Baba

PETALING JAYA: Selepas pergolakan yang berlaku dalam Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), akhirnya persatuan tersebut telah membuat kata putus dengan melantik penerbit filem, Datuk Paduka Shuhaimi Baba sebagai presiden baru menggantikan tempat penerbit filem, Ahmad Puad Onah.

Perlantikan bagi penggal tahun 2011 hingga 2013 itu telah dibuat pada Mesyuarat Agung PFM ke-29 di Hotel Istana, Kuala Lumpur, Sabtu.

Pada mesyuarat tersebut, jawatan-jawatan lain turut dirombak dimana Datuk Yusof Haslam dilantik sebagai Timbalan Presiden, Ahmad Idham Nadzzri (Naib Presiden), Norman Abdul Halim (Setiausaha Kehormat), Gayatri Pillai (Penolong Setiausaha) dan Pansha Nalliah sebagai Bendahari.

Manakala bagi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PFM pula terdiri daripada Tengku Iesta Tengku Alaudin, Burhanuddin Md Radzi, Nancie Foo dan Zahrin Aris.

Mengejutkan, walaupun Ahmad Idham pernah dikritik oleh PFM, penerbit dan pengarah filem itu berjaya menjadi sebahagian daripada AJK persatuan tersebut.

Menurut Ahmad Idham, dia enggan mengingati kisah pergolakan yang berlaku antranya, David teo dan PFM, sebaliknya ingin memulakan 'kehidupan baru' dengan persatuan tersebut untuk menaikkan industri perfileman tempatan.

"Pada pandangan saya, pergolakan yang berlaku sebelum ini timbul kerana saya dan PFM tidak pernah rapat.

"Justeru itu, pada mesyuarat PFM, saya memberanikan diri dengan meminta seseorang untuk mencalonkan saya bagi jawatan Presiden. Bukannya apa, saya sengaja berbuat begitu agar dapat menjadi sebahagian daripada AJK, tak kiralah jawatan apa sekalipun.

"Apa yang menyeronokkan kali ini, PFM memiliki ahli lembaga yang kuat bermulalah dari presidennya sehingga ke ahli AJK. Saya percaya dengan gabungan ini, kami akan lebih kuat dalam pembentukan industri filem kita," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.

Tambah Ahmad Idham, ahli lembaga PFM akan membuat mesyuarat pertama pada 1 April depan dengan membuat pembentangan masalah-masalah yang dihadapi dalam industri perfileman tempatan.

Pada Julai tahun lalu, PFM membantah langkah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyambung kontrak pengarah filem Ahmad Idham sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Sehubungan itu PFM telah menghantar memorandum bantahan kepada menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Dalam memorandum itu turut dinyatakan lima sebab pelantikan Ahmad Idham dan David di bantah kerana mereka dilihat akan mempunyai konflik kepentingan, menyekat peluang penerbit filem lain mendapatkan dana, tidak produktif kepada industri, tidak beretika dan perkara-perkara lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain