suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vanessa Hudgens Sangkal Ada Hubungan Dengan Josh Hutcherson

LONDON: Bintang Vanessa Hudgens (gambar) menafikan dakwaan dia berpacaran dengan pelakon Josh Hutcherson setelah aktor itu berpisah dengan Zac Efron. Hudgens baru-baru ini terlibat dalam "Journey 2: The Mysterious Island’ sebagai pelakon pembantu telah dilihat menghadiri satu pesta dan menghabiskan masa bersama.

Bagaimanapun dia berkeras hubungan itu hanya sebagai kawan dan bukannya kekasih.

”Saya masih bersendiri,” katanya seperti dipetik Daily Express seperti diberitahu kepada seorang pengacara televisyen, Ellen DeGeneres.

Bagaimanapun ketika pengacara televisyen itu menunjukkan gambar Hudgens bersama Hutcherson, aktres itu sebaliknya bertanya adakah salah seseorang gadis ingin memiliki teman?

“Aww... saya cintakan dia. Kami hanya melakukan penggambaran bersama dan mampu meluangkan masa terbaik,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain