suria

Majlis Kesyukuran Kejayaan Deejay Lin

Deejay Lin
Deejay Lin
Deejay Lin

KUALA LUMPUR: Majlis kesyukuran sempena kemenangan penyampai Suria FM, Deejay Lin pada Anugerah Seri Angkasa 2010 bagi kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik dan Rancangan Radio Interaktif Terbaik diadakan di restoran Carlos Heaven Food, Kenanga International, di sini, Khamis.

Majlis yang diberi nama Apresiasi Suria Cinta itu turut mengadakan penyampaian hadiah Lagu Berduit Suria FM yang dianjurkan oleh stesen radio itu sejak 28 Februari lalu.

Selain penghargaan kepada Deejay Lin dan penyampaian hadiah, majlis tersebut bertujuan meraikan pendengar setia Suria FM terutama sekali buat mereka yang menyokong kejayaan Lin.

Segmen 'Suria Cinta- Inspirasi Cinta Anda' yang dikendalikan oleh Lin merupakan salah satu segmen di Suria FM yang mempunyai hit dan rating tinggi bagi jumlah pendengar dan mendapat sambutan orang ramai.

Segmen tersebut banyak mengetengahkan isu cinta selain memutarkan lagu-lagu yang menghiburkan pendengarnya.

Suria FM kini semakin giat menjalankan pelbagai aktiviti 'on-ground' dan juga 'on-air'. Suria FM baru selesai menganjurkan Suriashowdown! Band Kampus Terbaik 2011 pada Sabtu lalu.

Sekarang ini, masih lagi berlangsung peraduan Lagu Berduit Suria FM sehingga 1 April depan yang menawarkan pendengar wang tunai RM70,000.

Pendengar hanya perlu mendengar rancangan Breakfast@Suria untuk mengetahui lagunya. Apabila lagunya berkumandang di radio dalam apa sahaja segmen di Suria FM, hantarkan jawapan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip LB dan hantar ke 33988.

SMS yang terpilih akan dihubungi oleh deejay bertugas dan setiap jawapan yang betul akan melayakkan pendengar memenangi sebahagian wang tunai RM70,000.

Pendengar bertuah juga bakal memenangi lebih wang tunai di pusingan bonus jika mendengar Lagu Berduit dalam versi 'LIVE'.

Artikel Sebelum

Artikel Lain