suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tayangan Percuma ‘Khurafat’ Di Finas Jumaat Ini

Salah satu babak dalam filem Khurafat- Perjanjian Syaitan.
Salah satu babak dalam filem Khurafat- Perjanjian Syaitan.
Salah satu babak dalam filem Khurafat- Perjanjian Syaitan.

HULU KELANG: Biarpun filem Khurafat- Perjanjian Syaitan sedang ditayangkan di pawagam tempatan, namun bagi yang belum berpeluang menonton filem tersebut boleh menonton secara percuma di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), pukul 8 malam, 11 Februari ini.

Tayangan percuma itu merupakan salah satu aktiviti yang akan berlangsung sempena program Malam Bersama Bintang (MBB) anjuran agensi itu.

Program berkenaan akan turtu dimeriahkan dengan persembahan Siti Sarah Raisudin, Zul Handy Black dan Ain AF8.

“Kami telah melakukan program ini sejak dua tahun lalu dan mengalu-alukan kehadiran ramai pengunjung untuk memeriahkan program ini pada setiap minggu kedua dalam sebulan (Jumaat), bermula pukul 8 malam di Dataran Karyawan Finas,” kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi Finas, Mohd Zulkifli Ab. Wahab dalam satu sidang media di Finas, di sini, Selasa.

Program ini merupakan permulaan sebelum Hari Terbuka Finas 2011 yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Februari depan di Kompleks Merdeka Finas.

Artikel Sebelum

Artikel Lain