Syarini Sibuk Walaupun Tanpa Anang - Hiburan | mStar

Syarini Sibuk Walaupun Tanpa Anang

Anang dan Syarini
Anang dan Syarini

SETELAH berjaya berduet dengan Anang, Syahrini sedang memberi tumpuan untuk mengembangkan kerjaya seninya sebagai penyanyi Solo.

Dia bagaimanapun mengakui tetap sibuk walaupun tanpa kekasihnya itu.

"Saya fikir dengan bekerja sendiri akan lebih santai. Ternyata sama sahaja seperti dahulu (ketika berduet dengan Anang)," ujar Syahrini, Rabu.

Ketika ini, Syahrini sedang mempromosikan single terbarunya 'Aku Tak Biasa' di 40 bandar di Indonesia. Jadual penyanyi berasal dari Bogor, Jawa Barat itu padat sehingga Jun depan.

"Saya juga akan ada konsert kecil-kecilan di Kuala Lumpur kerana mereka mengharapkan saya muncul di sana lagi," ujarnya.

Menurut Syahrini, berduet dengan bekas suami Krisdayanti itu atau menyanyi secara solo sama sahaja. Baginya yang penting dirinya boleh terus berkarya dalam dunia muzik ini.

Artikel Sebelum

Pelakon Korea, Jang Hyuk Jiwai Watak Peguam

Artikel Berikut

Awie Mahu Terbit Filem Silat

Artikel Berkaitan

Artikel Lain