suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shania Twain Rasmi Bernikah Pada 1.1.11

PENYANYI popular, Shania Twain selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Frederic Thiebaud pada 1 Januari lalu.

Dia yang menamatkan zaman jandanya telah mengadakan upacara pernikahan tersebut di Rincon, Puerto Rico di hadapan 40 orang tetamu yang terdiri dari ahli keluarga dan teman rapatnya.

Sementara itu, Shania sendiri merasa sangat teruja dengan kehidupan barunya dan tidak sabar menempuhi fasa baru tersebut bersama suami tersayang.

“2010 meninggalkan saya dengan sebuah janji setia baru dalam percintaan dan komitmen. Berbicara soal cinta, saya sangat teruja untuk berkongsi kisah peribadi kepada peminat.

“Saya jatuh cinta! Frederic Nicolas Thiebaud adalah lelaki yang diciptakan untukku, dia seorang teman yang penuh pengertian,” ujar Shania pada blog peribadinya yang dipetik dari BangShowbiz.

Seperti diketahui umum, Shania pernah berkahwin dengan Robert Mutt Lange namun bercerai setelah 14 tahun bersama iaitu pada Mei 2008.

Artikel Berikut

Artikel Lain